Friday, July 6, 2007

Ziarah ke Maqam Auliya'


Assalamualaikum wbt

Musim panas semakin menampakkan kepanasannya hingga menghambat sebahagian besar pelajar PERUBATAN pulang ke Malaysia untuk menyejukkan diri. Kepada mereka yang tidak pulang, PERUBATAN telah menyediakan banyak program untuk anda semua. untuk tidak menjeleskan mereka yang balik, khas buat semua pelajar perubatan Malaysia di Mesir, insya ALLAH kita boleh bersama sebelum fly dalam program Ziarah Ke Makam Aulia' bertemakan 'Melihat dan Mentafsir'.

Tarikh: 7hb Julai (ikhwah)
8hb Julai (akhawat)

Yuran: LE20 je (termasuk pengangkutan dan makan)

Tentatif:
0830 - Berkumpul di Markaz Biro Pembangunan Insan (BPI) aka rumah abang Kadir
0900 - Bergerak menaiki Tremco
1200 - Makan tengah hari
1800 - Pulang

Anjuran: Biro Pembangunan Insan ,PERUBATAN

Antara tempat menarik yang bakal dilawati ialah
  • Maqam Sayeeda Zainab dan kawasan sekitarnya,
  • Maqam Ali Zainal Abidin,
  • Maqam Sayeeda Nafisah dan kawasan sekitarnya,
  • Maqam Imam Syafie, Imam Waqi' dan kawasan sekitarnya,
  • Maqam Saidina Hussein,
  • Maqam-maqam di sekitar Jabal Muqattam
  • Maqam-maqam sekitar asyirah muhammadiyyah dll

Rehlah ini bertujuan (macam biasa) untuk mengeratkan silaturrahim pelajar-pelajar inter-muhafazah serta intra-muhafazah itu sendiri. Wang tidak menjanjikan kebahagiaan buat manusia, namun keberkatan lah yang membahagiakan manusia. Carilah keberkatan sementara masih berada di bumi anbiya' ini di samping menambah thaqafah memasing.

Penyertaan terbuka kepada seluruh pelajar Perubatan Mesir tak kira di mana anda berada, samada di kota mahupun di desa, akan balik ke Malaysia atau stay di Mesir. Sila hubungi Saudara Wan Mohd Kamal di talian 0161862741 atau Saudari Saidatul Akmar 0109873906 untuk penyertaan dan maklumat lanjut. Pembayaran boleh dibuat pada hari program. Pendaftaran hendaklah dibuat secepat mungkin untuk urusan pengangkutan dan makanan.

'Enjoy the Heat'

BPI PERUBATAN

ps: iklan diubahsuai daripada yahoogroups perubatan_mesir

No comments: