
Friday, December 7, 2007
Wednesday, December 5, 2007
Friday, November 30, 2007
DOA SATU IBADAH
Oleh: Zawil Farhiha Razali, Timb. Presiden 2 PERUBATAN
Firman Allah di dalam surah Fatir ayat 15 yang membawa maksud, “Wahai manusia, kamulah yang fakir (memerlukan Allah), dan Allah Dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) Maha Terpuji.” Memang benarlah kata-kata Allah yang Maha Esa; manusia adalah makhluk yang fakir dan sentiasa memerlukan bantuan. Lihatlah pada diri kita sendiri, dengan adanya nikmat pancaindera yang Allah kurniakan inilah kita mampu melihat, menghidu, mendengar dan sebagainya. Oleh yang demikian, sedarlah bahawa setinggi mana kedudukan dan darjat seseorang manusia itu, ia adalah fakir. Dengan hakikat ini layakkah kita untuk bermegah-megah hidup di atas muka bumi Allah?
“senjata yang paling kuat adalah dengan DOA”
Namun begitu Allah tidak pernah putus-putus memberi nikmat dah rahmatNya kepada makhluk. Bukan begitu sahaja, malahan Allah sudi mendengar dan mengkabulkan permintaan hamba-hambaNya. Ayatullah dalam surah Al- Baqarah ayat 186 bermaksud “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu mematuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.”
“kita hendaklah meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa Allah akan memakbulkan doa kita”
Terbuktilah kepada kita bahawa senjata yang paling kuat adalah dengan DOA. Apa sahaja hajat yang kita inginkan akan dikabulkan oleh Allah, sekiranya kita memohonnya dengan sepenuh hati. Ada pula yang mengatakan “Mengapa Allah tidak mengabulkan apa yang aku minta sedangkan doaku tidak putus-putus.” Di sini kita harus sedar bahawa doa ini juga mempunyai syarat-syarat tertentu iaitu:
1) yakin
2) khusyuk
3) tidak tergesa-gesa
4) hendaklah kita seorang yang memelihara dirinya daripada perkara yang haram.
Yakin di sini bererti kita hendaklah meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa Allah akan memakbulkan doa kita. Di samping itu kita haruslah khusyuk dalam berdoa, yakni meminta dan merayu dengan sepenuh harapan. Janganlah sesekali kita menghendaki Allah menunaikan permintaan kita dengan cepat, kerana dengan adanya sikap sebegini akan menyebabkan kita mudah berputus asa untuk terus berdoa kepada Allah. Antara syarat yang utama ialah kita mesti mengelak daripada terjerumus kepada perkara-perkara yang haram. Tiada gunanya kita meminta dengan khuysuk, namun kita masih diselubungi perkara-perkara yang haram. Wana’uzubillah.
Rasulullah pernah bersabda bahawa “Doa adalah ibadah.“ Maka tidak rugi kita melazimi diri kita untuk sentiasa berdoa, kerana padanya ada ganjaran pahala. Bahkan kita yang mendapat kelebihan dengan berdoa. Maka pembaca sekalian, marilah kita memenuhkan rutin kehidupan kita seharian dengan memohon kepada Allah, dari sekecil-kecil pemintaan sehinggalah sebesar-besar perkara. Wallahua’lam.
Thursday, November 29, 2007
AKU BERUBAH?
Oleh: Mohd Ashraf Mohamad Isa, Ketua Biro Pembangunan Insan, Tahun Tiga, Universiti Kaherah
Perubahan itu berlaku di mana-mana, pada sesiapa sahaja. Berubah hati, fikiran, tingkah laku, tanggungjawab, hobi, minat, dan sebagainya. Sampai satu masa, kita akan berubah.
semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini.Firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah tidah akan mengubah keadaan satu-satu kaum itu sehingga mereka sendiri yang mengubahnya.
(Surah Ar-Ra’d: ayat 11).
(Imam Muslim, al-Baihaqi dalam al-Sunan 1/76, Ahmad dalam Musnadnya 5/371, dan al-Daraqutni dalam al-Sunan 3/45)
Mudahkan laluan perubahan diri!
Tuesday, November 27, 2007
Inni Akhafullah
Risalah kebenaran yang dibawa oleh Junjungan Besar S.A.W. telah melahirkan satu generasi manusia; generasi sahabat yang tiada galang gantinya. Walaupun terdapat juga beberapa tokoh peribadi tertentu dalam
sejarah, tetapi tidaklah lahir satu golongan besar manusia seperti mereka. Mereka memberi contoh yang jelas mengenai hakikat perhambaan yang tinggi kepada Allah. Lihatlah Bilal bin Rabah yang mempertahankan akidahnya dari tergadai, iman Abu Bakar yang melebihi iman seluruh umat Muhammad. Subhanallah.“Akulah orang yang paling takut pada Allah dari kalangan kamu”
“Terlalu banyak kita minta,
Mari sama-sama renungi hari-hari yang berlalu. Istiqamahkah kita mengingati-Nya? Terlalu banyak kita minta namun sebanyak mana yang kita beri? Justeru, layakkah kita untuk merebut syurga? Penyerahan diri dan jiwa kepada Allah itulah sebaik-baik pemberian dalam ubudiyyah. Lihat sahaja pada peribadi junjungan mulia; bersih jiwanya, matanya sentiasa berlinangan memikirkan dirinya di sisi Allah. Banyak persoalan yang sentiasa berlegar di kepala baginda. ‘Layakkah bagiku syurga dan mampukah diriku menempuh neraka jahannam.’ Rasulullah juga pernah berdoa:
Hati yang beriman adalah hati yang sentiasa mencintai Allah hinggakan yang lain tidak menjadi perhatian. Cinta padaNya akan melahirkan kedamaian dan ketenteraman.
“Ketahuilah, dengan zikrullah tenang tenteramlah hati manusia” (Ar-Ra’d : 28)
“ ..Pancaran sinar suci itu
Semoga kita mampu menjadi permata itu; permata deen Allah. Berdoalah pada Allah untuk itu, berusahalah bersungguh-sungguh, moga kita bermanfaat untuk ISLAM.
Akhirul kalam, sama-sama kita realisasikan dan hayati seruan Allah dalam firman di bawah ini dan bukan hanya meniti di bibir ketika solah. Sama-sama banyakkan menangis memohon keampunan kerana setiap detik kehidupan kita pasti ada sahaja dosa yang mengiringi.
Firman Allah S.W.T.:
" Katakanlah; sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah seluruh alam. Tiada sekutu baginya dan demikian itulah disuruh dan aku orang-orang Islam yang pertama. "
(Al-An’am:162-163)
Saturday, November 24, 2007
Manisnya Sebuah Persahabatan
Oleh:
Tengku Abdul Kadir Tengku Zainal Abidin, Presiden PERUBATAN, Tahun Lima, Universiti Ain Shams
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
berbunyi;Wednesday, November 21, 2007
Pemergianmu Ditangisi
Oleh:
Mohammad Shakir Izani, Tahun 2, Universiti Kaherah

Dan Tuhanmu berfirman, “berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.” Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina-dina.
(Surah Ghafir: 60)
“Barangsiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
Jadi, jikalau doa kita tak diperkenankan, usahlah kita lekas menyalahkan sesiapa. Cuba kita muhasabah diri kita sendiri terlebih dulu. Jangan rasa pelik sekiranya doa kita tidak dimakbulkan kerana Allah S.W.T. sajalah yang lebih tahu sebabnya. Sebagai insan, kita sebagai manusia yang dianugerhakan fakulti berfikir, pandai-pandailah kita menilai dan membaiki diri. Orang-orang yang diterima amalannya, mereka sentiasa berusaha meningkatkan keimanan bertambah dan meneguhkan ketakwaan mereka terhadap Allah S.W.T.
maaf zahir dan batin.
