Monday, April 2, 2007

Kempen Akhlak Mulia...

"Siapa yang ingin berdosa? Tidak! Jika mudah boleh memilih, pasti semua insan ingin jadi baik, ingin membahagiakan orang lain dan ingin dibahagiakan. Tapi, seringnya tetap begini, tetap berdosa dan berdosa. Walaupun sudah bertaubat dan serik untuk berdosa lagi, tapi selalu tetap diulangi lagi kesalahan, Oh Tuhan, mengapa begini? Aku ingin jadi baik. Aku cemburu dengan kebaikan orang lain...tapi mengapa aku tidak dapat jadi seperti mereka?"


KEMPEN AKHLAK MULIA PERUBATAN '07

Sama-sama mengajak sahabat-sahabat PERUBATAN yang lain untuk mempertingkatkan amalan-amalah sunat disamping amalan-amalan wajib yang wajib dilakukan dan menjauhkan diri dari perkara-perkara maksiat yang terlarang.

Antara tumpuan kempen kali ini,




  • Menggalakkan ahli untuk menyempurnakan solat berjemaah di Masjid setiap kali masuk waktu solat.


  • Bersedekah walau dimana dan bagaimana keaadaannya, walaupun sedikit.


  • Ikhtilat sifar, menjelaskan tentang batasan pergaulan antara ikhwah dan akhawat mengikut yang telah digariskan oleh syariat.

Moga walau sebelum ini kita tidaklah begitu baik, tidak lah begitu dithiqahi namun selepas ini biarlah ada dalam hati kita sekelumit niat untuk berubah menjadi baik!

JOM JADI BAIK!!

No comments: