Tuesday, March 20, 2007

INTRODUCTION PERUBATAN `07

 

Perhatian Buat sahabat-sahabat PERUBATAN Kaherah!!

"Kempen Akhlak Mulia & Kecemerlangan"

Anjuran:
• Biro Pembangunan Insan
• Biro Akademik dan Penerbitan
• Biro Bait Muslim
• Biro Hisbah

Tempat:
Dewan Malaysia Abbasia Kaherah (DMAK)

Tarikh:
23 Mac 2007 (Jumaat)

Masa:
8:30 pagi – 4:00 petang.

Aturcara:

9:00 pagi
• Aluan Pengerusi Majlis
• Ucapan Pengarah Kempen Akhlak Mulia, Ahmad Syazwan bin Ahmad Nordin
• Ucapan Pengarah Kempen Kecemerlangan, Mohd Zulhazmi bin Ahmad Zawawi
• Pelancaran Kempen Akhlak Mulia & Kecemerlangan oleh Pengerusi PERUBATAN, Mohd Hamdan Bin Saparwan

10:00 pagi
• Pembentangan Kertas Kerja Ikhtilat oleh : Ustaz Muhyiddin bin Hasyim

11:30 pagi
• Rehat dan Solat Jumaat dan Makan tengah hari

1:30 petang
• Forum Bait Muslim "Ke Arah Membina Usratun Muslimatun Solehah" oleh:
o Ahli Panel:
Dr Nasibah binti Azmi
Mohd Ilham bin Ismail
Ustaz Salman Maskuri
o Pengerusi:
Akmal Huzaifah bin Mohd Isa

3:00 petang
• Solat Asar dan bersurai

Friday, March 16, 2007

Lapangkan Hati, Ringankan Tangan

Bilangan 20 : 26 Safar 1428H bersamaan 16 Mac 2007

Lapangkan Hati, Ringankan Tangan



Oleh : Noorsamiah Mohd Salleh, Tahun Dua, Kuliyah Perubatan, Universiti Al-Azhar, Kaherah

Setujukah kalian andai dikatakan harga atau nilai bagi harta ditentukan oleh iman dan nafsu? Mari kita renungkan satu umpama untuk membawa kita mendekati maksud pertanyaan ini.Seorang kaya yang dermawan memandang hartanya tidak lebih melainkan satu nikmat yang patut disyukuri. Fikirannya akan tertumpu untuk membasahi tekak si miskin dan mengisi perut si fakir. Namun hal yang sebaliknya berlaku pada hartawan yang kedekut atau bakhil. Semakin banyak harta semakin besar keinginannya, semakin resah hatinya dan semakin kabur matanya menilai kedhaifan insan lain. Berbeza bukan dua golongan hartawan tadi?



Sedekah berasal daripada perkataan shadaqa yang bererti benar. Menurut pengertian istilah syariah, sedekah bererti segala pemberian amal derma di jalan Allah. Pengertian sedekah sama dengan perngertian infak,namun jika infak berkaitan dengan material, sedekah pula memiliki erti yang lebih luas,meliputi perkara material dan juga yang bukan material. Contohnya amal kebaikan yang dilakukan seorang muslim juga termasuk dalam sedekah.



Hadis dari Abu Musa R.A. bekata bahawa Nabi SAW bersabda:



“Setiap Muslim wajib bersedekah." Sahabat bertanya, "Jika tidak dapat?" Nabi menjawab, "Bekerjalah dengan tangannya yang berguna bagi dirinya dan ia dapat bersedekah." Sahabat bertanya lagi, "Jika tidak dapat," jawab Nabi, "Membantu orang yang sangat memerlukan." Sahabat bertanya lagi, "Jika tidak dapat?" Jawab Nabi, "Menganjurkan kebaikan." Sahabat bertanya lagi, "Jika tidak dapat?" Nabi menjawab, "Menahan diri dari kejahatan, maka itu sedekah untuk dirinya sendiri."



Sesungguhnya Islam ialah agama yang syumul; mengutamakan amal kebaikan,kemurahan hati dan saling membantu antara insan. Tidak dapat dinafikan bahawa di dunia ini sebahagian Muslim mendapat kelebihan rezeki pemberian Allah SWT melalui kerja kerasnya mahupun melalui sebab-sebab lain yang sah,sementara sebahagian saudara yang lain hidupnya cukup terbatas. Allah mengatur perbezaan tersebut beserta penyelesaiannya iaitu melalui suatu cara penyaluran harta di jalan Allah seperti zakat, infak, sedekah, dan juga dalam kehidupan sosial seperti tolong-menolong dan hibbah. Islam amat menggalakkan umatnya supaya bersedekah,seperti firman Allah SWT yang bermaksud:



"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Surah Al baqarah ayat 274)



Dalam sabda Rasulullah SAW pula: “Sesiapa mukmin yang memberi makanan kepada seorang mukmin yang lain kerana kelaparan, maka Allah akan memberi makanan kepadanya pada Hari Kiamat daripada buah-buah Syurga. Dan sesiapa mukmin yang memberi minuman kepada seorang mukmin yang lain kerana kehausan, maka Allah akan memberi minuman kepadanya pada Hari Kiamat daripada Kamar Syurga yang termetri bekasnya. Dan sesiapa mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana tidak berpakaian, maka Allah akan memberi pakaian kepadanya dari pakaian Syurga yang berwarna hijau.”



Semestinya dari detik ini kita melatih diri menjadi seorang pemberi sedekah yang tetap.Bagaimana caranya? Mari cuba satu permainan sorok-sorok. Satu hari, apabila memperoleh duit biasiswa atau gaji (setelah bekerja), sorokkan dari penglihatan kita sebahagian yang ingin disedekahkan. Setelah sebulan, keluarkan duit tadi dari tempat ‘persembunyiannya’ dan sedekahkan duit itu. Sebelum itu, tanya dahulu diri kita, benarkah duit tadi boleh dilupakan semata-mata untuk manfaat orang lain? Jika sepanjang sebulan duit itu disembunyikan kita masih dapat hidup dan tidak merasakan ketiadaannya, maka tidak mustahil duit itu dapat terus diberikan kepada insan lain pada setiap bulan. Mulakan dari jumlah yang sedikit dan tambah nilainya setiap bulan. Percayalah, setiap muslim yang berkemampuan wajar merencanakan satu aliran kewangan bulanan miliknya untuk kebajikan saudaranya.



Adakah harta syarat kebahagiaan?Menyingkap sejarah beberapa tokoh yang pernah membawa sinar kepada dunia, tidak semua daripada mereka orang kaya. Nabi kita Muhammad (saw) contohnya, lahir ke bumi dan hanya ditinggalkan selepas kematian ayahnya dengan 5 ekor unta. Abdul Rahman Dakhil yang mendirikan kerajaan Bani Umaiyah hanyalah seorang pelarian politik. Salehuddin alAyubi; pembela Palestin pula sekadar seorang anak soldadu. Imam Syafie hanya seorang anak yatim yang cekal hatinya menuntut ilmu.



Selepas panjang berbicara dapat disimpulkan bahawa iman dan kefahaman Islam yang menjadi skala ukuran pandangan seseorang terhadap harta. Jari– jari yang sepuluh pasti riang memegang duit, namun percayalah hati kecil si fakir tentu lebih berbunga apabila disedekahkan sesuatu. Ayuh, lapangkan hati, ringankan tangan.



Kelebihan Bersedekah



1.Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah dia mendengar Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) antara manusia di hari akhirat."


2.Hadith riwayat Tirmidzi dari Sa’ad bin Abi Waqqash bahawa Nabi SAW bersabda:“Sedekah dan shalat seseorang di tengah malam dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api”Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya’ (Surah Ali Imran ayat 92)


Disunting oleh: Biro Ekonomi PERUBATAN

Wednesday, March 7, 2007

Ciri-ciri Hamba Allah Yang Sejati.

Bilangan 19 : 19 Safar 1428H bersamaan 9 Mac 2007


Ciri-ciri Hamba Allah Yang Sejati.


Oleh : AJK Biro Pembangunan Insan Muslimat.


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan hamba Allah yang sejati? Mahukah anda menjadi salah seorang daripadanya seperti yang telah dirakamkan di dalam kitab suci Al-Quran? Pada minggu ini, marilah sama-sama kita perhatikan ayat Al-Quran yang menjelaskan antara ciri-ciri hamba Allah yang sejati.“Katakanlah,: Berimanlah kamu kepada Allah atau tidak usah beriman (sama saja bagi Allah).’ Sesungguhnya orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur di atas muka mereka sambil bersujud. Dan mereka berkata Maha Suci tuhan Kami, sesungguhnya janji tuhan kami pasti dipenuhi.’ Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (Al-Israa’;107-109)



Penggal ayat ini ialah tayangan yang menyentuh lubuk hati dan tayangan orang-orang dahulu yang diberikan ilmu. Ketika mereka mendengar bacaan Al-Quran mereka menjadi sangat khusyu’ dan “mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud”(ayat 107). Kemudian lidah-lidah mereka mengucapkan dengan lafaz-lafaz yang menggetarkan perasaan-perasaan mereka yang mengagungkan Allah dan membenarkan janji-Nya.”Mahasuci Tuhan kami, sesungguhnya janji tuhan kami pasti dipenuhi” (ayat 108)



Pengaruh ayat Al-Quran telah menundukkan mereka. Ungkapan lafaz-lafaz pun tidak mencukupi untuk menggambarkan apa yang dirasakan dada mereka ketika itu. Tiba-tiba linangan air mata meleset mengungkapkan pengaruh yang bergemuruh yang sudah tidak dapat lagi diilustrasikan oleh lafaz-lafaz, ”Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’”(ayat 109) di atas segala kekhusyukan yang mereka rasakan. Itulah peristiwa yang mengilustrasikan keadaan perasaan yang meluap-luap akan cinta dan rindu kepada Allah. Peristiwa yang melukiskan pengaruh Al-Quran dalam hati-hati yang terbuka untuk menyambut geloranya. Di dalam hati yang mengenal tabiat dan nilainya disebabkan ilmu yang diberikan kepada mereka sebelumnya. Ilmu yang dimaksudkan di sini adalah apa yang Allah turunkan berupa kitab suci sebelum Al-Quran ini. Ayuhlah teman, apa ditunggu lagi..kajilah Al-Quran, gunakan peluang di sini sebaiknya untuk mendalami kitabNya. Ingatlah, kita akan dipersoalkan kerana telah datang kitab dariNya. Mengapa tidak diamalkan?



Moga kita tidak termasuk dari kalangan orang yang rugi. Mengambil sebahagian dari kitabnya, dan meninggalkan sebahagian yang lain pula. Nauzubillah...

Dipetik dan diolah dari kitab tafsir Fi Zhilalil Quran
Oleh: Ajk BPI Muslimat

Ukhuwwah Revived

Volume 18 :12 Safar 1428H bersamaan 2 March 2007


Ukhuwwah Revived


By : Ahmad Haikal Bin Idris, Forth Year, Medical Student, Cairo University.


Ukhuwwah. Bond of Islamic brotherhood. It’s the same old topic which we always have to be reminded again and again. Maybe the editor should touch it up a bit, give it a face lift (say, write in English for example?). The topic almost instantly reminds me of the Quranic verse:-


“The believers are nothing else than brothers (in Islamic religion). So make reconciliation between your brothers, and fear Allah, that you may receive mercy.”[Surah al-Hujurat verse 10]


‘Nothing else’ is somewhat quirky for the translation, I would have put ‘nothing less’. It sounds better; the believers are nothing less than brothers (in Islamic religion). One believer and another believer are brothers. All of us are rightfully related as so. The beauty of Islam, bonding us together irrespective of race, skin color, language, ancestry, blood line not even social class. The bond of faith/akeedah binds us closer than anything else, even blood lineage. The prophet Noah, during the great flood, had to abandon his biological son. He felt bad and guilty, but was reminded that non-believers, as his son was, should not be considered above believers. Remember the verse?


Of more recent, I would mention about the double standard faced by the blacks in the western world until quite recently. Everyone knows Malcolm X- he fought against racism in America. ‘Blacks’ and ‘colored people’ are treated as low standard less than human creatures, as compared to ‘whites’ in the so called ‘civilized west’. In Mecca, when he went to perform Umrah, did he saw real equality and human brotherhood. He wrote something like ‘here in Mecca I am warmly welcomed and treated luxuriously as a guest; given a free room, splendid foods and given utmost respect from the very people that back in America would have been considered ‘white’ and of higher status…’. That is because his host are Muslims, and we Muslims always speak up, stand up and back up our Muslim brothers!


Well of course that attitude is sometime too ideal, too good to be true. Too ‘schematic’ some Malaysians would say. Truth is, many of us Muslims are leaving the Islamic values and ethics. Sadly to say, these people are turning from the enlightenment of Islam, going astray into the blackness of some foreign lust-induced morality. Let us pray we don’t, and is amongst the handful saved, as perfectly announced in the Quran:-


“O you who believe! Whoever from among you turns back from his religion (Islam), Allah will bring people whom He will love and they will love Him; humble towards the believers, stern towards the disbelievers, fighting in the Way of Allah, and never fear of the blame of blamers. That is the Grace of Allah which He bestows on whom He wills. And Allah is All-Sufficient for His creatures’ needs, All-Knower.”[Surah al-Maidah- verse 54]


Let us hope we are amongst those who love Him and is loved by Him. How? By being humble, forgiving, gentle and warmth towards our brothers and sisters! Always treating fellow Muslims with affection, kind and pleasantness! Saving all the stern, fierce, grim, hard and toughness to non-Muslims when the condition needs so!


One bitter example would be the stand off between Hamas and Fatah in Palestine. I can’t imagine how Fatah would rather be wicked enough to act harshly much more severely towards their own countrymen, and ironically being the opposite (being overly apologetic) to the transgressors of Palestine! What have happened to the minds of Muslim Palestinian that they are geared to fight, shoot, and warring between themselves in times of danger? May Allah protect us in Egypt, us medical student, male and female, of any affiliations or ideologies, from divisions or such vengeful acts over petty things!


Continue…Brotherhood and Fanaticism One aspect one must not forget when discussing about brotherhood or ukhuwwah is that about fanaticism- excessive enthusiasm towards one’s group. This is perfectly reminded by the ultimate prophet, Nabi Muhammad (peace be upon him) when he described about ‘asabiyah/ fanaticism: “’Asabiyah (fanaticism) is to help someone on the basis of tyranny.” We can clearly understood from the quotation that however connected we are to someone or something, we shouldn’t be helping them out to do unjust or wrong things, for whatever reason, be it good or bad. We are not to defend wrongdoers. A guilty person has to receive the consequence and outcome of his own actions, be it in this world, or the hereafter! Whoever he is or whatever position he has cannot be accounted for- remember how The Prophet pronounced that even if his own beloved daughter is caught stealing, he will carry out the deserved punishment!


May we all be guided away from being repressively unjust towards people of other clique for the sake of our devotion to our society!


Brotherhood and ‘Esprit de Corps’ The phrase Esprit de corps single out that unity in ways of thinking, unity in actions as well as loyalty unites an alliance. The sense of belonging to Islam, loyalty to Allah and His messenger, togetherness of faith in all Muslim are factors that should integrate all Muslims worldwide. Putting aside all insignificant political, historical and genealogical differences is essential to see a Muslim ummah more united and mighty. Then can we dream of Islamic states cooperating in areas of mutual benefits; the obvious being knowledge sharing, economical collaboration and defensive team-up. Dream then of technological advances being initiated by Muslims, Islamic ‘Dinnar’ being a potent interstate currency, dignity of the Ummah being well guarded and look up upon globally, no countries being invaded as the recent Afghanistan, Iraqi and Lebanon tragedies, and who knows, maybe even freedom and independence of the Quds!


Big things start with small steps. Let us not forget that before we build a united global brotherhood, we have to start strengthen the unity in ourselves, our family and our little community. There are barriers of course, which I likened to viruses. These are pathological viruses of Ukhuwwah; small, hidden and undetectable but present inside us. Once it starts to spread and manifest the whole of our ‘body’, it hurts our capabilities. Consider vaccinating yourself from these traits:-Believing or spreading unreliable news and rumours especially tell all hearsay which intends to incite or stir provocation towards one party“O you who believe! If a Fasiq (liar-evil person) comes to you with any news, verify it, least you should harm people in ignorance, and afterwards you become regretful for what you have done.”[Surah al-Hujurat-verse 6]


Mocking, calling nicknames, humiliate and making one feel disgraced, moreover when publicly and malicious.“O you who believe! Let not a group scoff at another group, it maybe that the latter are better than the former. Nor let (some) women scoff at other women, it may be that the latter are better than the former. Nor defame one another, nor insult one another by nicknames. How bad is it to insult one’s brother after having Faith (i.e. to call your Muslim brother- a faithful believer, as ‘O sinner’, or ‘O wicked’). And whosoever does not repent are indeed Zalimun (wrong doers, etc).”[Surah al-Hujurat verse 11]


Too much distrust, uncertainty and doubt with fellow brothers without a respectable cause. Backbiting, cheating“O you who believe! Avoid much suspicion; indeed some suspicions are sins. And spy not, neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother? You would hate it (so hate backbiting). And fear Allah. Verily, Allah is the One Who forgives and accepts repentance, Most Merciful.”[Surah al-Hujurat verse 12]
“O mankind! We have from a male and a female, and made you into nations and tribes, that you may know one another. Verily, the most honorable of you with Allah is that (believer) who has At-Taqwa {i.e. he is one of the Muttaqun- the pious). Verily, Allah is All-Knowing, All-Aware.”[Surah al-Hujurat verse 13]


Too much talking I hope not without hard action. I think that’s enough of words, how we reflect them in our daily lives is massively much more important.

Monday, March 5, 2007

Rahsia Kemampuan Labah-Labah Merayap Pada Dinding dan Siling

Bilangan 17 : 5 Safar 1428 H bersamaan 23 Februari 2007

Rahsia Kemampuan Labah-Labah Merayap Pada Dinding dan Siling

Oleh: Zetty Sofia bt. Mohd Zanib,Tahun 1,Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah.

Sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh pakar biomekanik, Andrew Martin dari Institute for Technical Zoology and Bionics (Institut Zoologi Teknik dan Bionik) di Bremen, Jerman meneliti kaki seekor labah-labah pelompat berukuran kecil (Evarcha arcuata) dengan menggunakan mikroskop elektron. Imej didapati memperlihatkan rangkaian rambut-rambut panjang (setae) di bawah tapak kaki labah-labah tersebut. Pada bahagian permukaan hujung bawah rambut ini dilapisi oleh rambut-rambut yang jauh lebih kecil lagi (setule) dengan hujung berbentuk segitiga
Untuk menentukan nilai daya tarikan yang terhasil antara kaki labah-labah dengan permukaan di bawahnya, para saintis tersebut telah mengukur daya tarikan antara kaki labah-labah dengan sebuah batang kecil, di samping kaedah yang biasa diterapkan dalam ilmu bahan. Penghitungan oleh para saintis tersebut menunjukkan bahawa seekor labah-labah yang bergantung pada siling atau atap rumah dengan penempelan 600,000 setule menghasilkan daya tarikan yang mampu menahan 173 kali berat badannya sendiri!

Setelah meneliti hasil ini, Martin menyimpulkan bahawa labah-labah tersebut bergantung pada permukaan melalui daya van der Waals (daya tarikan elektrostatik antara molekul yang terpisah pada jarak 1/1,000,000 milimeter). Daya van der Waals hanya bergantung kepada jarak antara dua objek dan tidak dipengaruhi oleh faktor lingkungan. Oleh sebab itu, teknik yang digunakan labah-labah ini untuk menempel dan merayap pada dinding dapat diaplikasikan dalam pembuatan bahan seperti kertas catatan yang dapat dilekatkan ketika basah dan objek angkasa yang dapat melekat pada permukaan di ruang angkasa.

Sememangnya, kebolehan seekor labah-labah menempel dan merayap pada permukaan dinding dan siling adalah sangat mengagumkan. Walau bagaimanapun, yang lebih mengejutkan ialah kebolehan itu dihasilkan oleh 600 000 unit-unit rambut mikro ? Jika direnung pada kejadian manusia, secara purata terdapat sekitar 100,000 helai rambut pada kepala manusia. Ajaibnya, enam kali ganda jumlah ini didapati pada telapak kaki labah-labah yang ukurannya beribu-ribu kali jauh lebih kecil daripada kepala manusia. Kewujudan sedemikian banyak rambut-rambut berukuran seni pada permukaan yang sedemikian kecil (tapak kaki labah-labah) menggambarkan adanya kehebatan ciptaan mikro. Satu lagi fakta menarik yang ingin dikongsi bersama ialah rambut-rambut ini tidak pernah ditemui pada bahagian lain tubuh labah-labah melainkan pada lapan tapak kakinya. Maklumat genetik mengenai bentuk dan fungsi rambut-rambut ini terdapat pada DNA labah-labah, dan daripada sel-sel pada telapak kakinya, rambut-rambut tersebut dihasilkan.

Satu gagasan ilmu yang disebut sebagai "smart materials" ialah sebuah bidang kajian yang merangkumi penyelidikan dan penghasilan bahan-bahan yang boleh digunakan dalam usaha untuk meminimumkan masalah dalam perkembangan sesuatu produk. Metod yang dilakukan para saintis dalam kajian secara terperinci dan pemilihan kaki labah-labah sebagai bahan penyelidikan mereka menunjukkan bahawa terdapat “smart materials” pada kaki labah-labah. Demikian menunjukkan bahawa kemampuan labah-labah menempel dan merayap pada permukaan dinding dan atap rumah merupakan sebuah ciptaan istimewa.

Sudah pasti mustahil bagi seekor labah-labah untuk menghasilkan rambut-rambut itu sendiri. Tidak ada labah-labah yang dapat berfikir untuk menerapkan daya van der Waals dengan melakukan pengukuran daya elektrostatik agar dapat berjalan pada permukaan dinding dan atap rumah. Labah-labah juga tidak akan mampu membuat dan menumbuhkan rambut-rambut pada kakinya sendiri. Jelaslah bahawa semua ini telah secara khusus dicipta oleh Al-Khaliq untuk tujuan tertentu. Bahkan, jurnal yang membongkar rahsia kaki labah-labah tersebut melonjak naik sebagai karya yang amat berharga kerana menjadi batu loncatan kepada penemuan-penemuan selepasnya. Buktinya, para saintis berjaya menyelesaikan kesulitan yang timbul dalam bidang perindustrian. Segalanya berilhamkan sumber alam yang merupakan hak mutlak Allah s.w.t.

Sesungguhnya, tidak ada keraguan bahawa Allah, Tuhan sekalian alam yang telah mencipta labah-labah dan memberinya kemampuan yang tersendiri itu. Allah jualah yang telah memberi ilham kepada para saintis untuk mengkaji kaki labah-labah dan seterusnya mengaplikasikan teori “smart materials” itu dalam konteks yang lebih luas demi kemaslahatan umat manusia pada era kemodenan hari ini. Tidak dapat disangkal lagi kalam Allah s.w.t dalam kitab junjungan kita Al-Quran bahawa setiap apa yang diciptakan di dunia ini mendatangkan seribu satu manfaat dan kebaikan kepada manusia hatta sekecil manapun ia. Sehinggakan penempelan sang labah-labah pada dinding dengan daya tarikan saintis Belanda (van der Waals) itu yang pada zahirnya kelihatan sangat biasa dan tidak ada yang menarik, pada hakikatnya apabila dikaji seolah-olah telah menjadi picu sepucuk pistol yang apabila ditarik, telah membuka kepada penyelesaian pelbagai masalah dalam bidang sains, teknologi dan perindustrian.Allah berfirman dalam Al Qur'an, mafhumnya: Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan, dari air, maka sebahagian daripada haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagiannya berjalan dengan dua kaki sedang sebahagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Surah An-Nur, 24:45)

Sudahkah kita mengkaji semuanya? Cukupkah dengan spiderman yang seekor itu?Bagaimana pula dengan batman, cicakman dan kluangman serta yang seangkatan dengannya? Mungkinkah ada lagi rahsia yang belum terungkap? Bukan mungkin, tetapi pasti! Science is not a destination; instead it’s a journey with an infinity width and length. A discovery will always trigger the next. It’s just the matter of time.

Diolah daripada karya asal Harun Yahya

Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Saudaranya

Bilangan 16 : 28 Muharram 1428H bersamaan 16 Februari 2007

Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Saudaranya

Oleh : Mohd Hanifah bin Jusoh Tahun Tiga, Kuliah Perubatan, Universiti Ain Shams

Islam merupakan agama yang menuntut persaudaraan. Islam menuntut seseorang muslim supaya bergaul dengan saudara seIslamnya dengan cara yang mampu menjinakkan dan menyatukan hati-hati. Allah berfirman: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu.” (al-Hujurat: 10)

Islam melarang umatnya daripada melakukan sesuatu yang menimbulkan perselisihan dan meliarkan hati. Antara faktor utama yang meliar dan menimbulkan perselisihan hati ialah empat perkara iaitu berlaku zalim, meninggalkan teman (tidak menolong), berbohong dan menghina. Seorang mukmin adalah saudara kepada mukmin yang lain. Dia tidak menzalimi saudaranya, tidak membohonginya, dan tidak menghinanya. (Diriwayatkan oleh Muslim)

Iman seseorang muslim tidak akan sempurna sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Seorang muslim mesti berusaha menghalang sebarang perkara yang boleh menyakiti saudaranya dan mencegah sebarang perkara yang memudaratkannya. Tidak ada perkara yang lebih besar kesakitan dan mudaratnya yang wajib dihindarkan daripada empat perkara yang telah disebutkan di atas.

Haram Menzalimi Saudaranya Seseorang Muslim tidak boleh mendatangkan kemudaratan terhadap diri, agama, maruah, dan harta saudaranya. Ini kerana perkara tersebut merupakan suatu kezaliman yang dapat memutuskan hubungan serta membatalkan ukhuwwah Islamiah. Hadis daripada Abu Zar:“Wahai hambaKu! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman terhadap diriKu dan Aku jadikannya haram di kalangan kamu, maka janganlah kamu melakukan kezaliman.”Haram Membiarkan Saudaranya Tanpa Menghulurkan Pertolongan Membiarkan seseorang muslim tanpa pertolongan adalah diharamkan terutamanya ketika perlu dan terdesak.

Allah berfirman: Jika mereka meminta kepada kamu dalam (urusan) pembelaan agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan.” (al-Anfaal: 72)Abu Daud meriwayatkan hadis: Tidak ada seseorang muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika harga dirinya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah akan membiarkannya (tidak menolongnya) ketika dia memerlukan pertolongan.

Imam Ahmad meriwayatkan: Sesiapa yang berada di sisi orang mukmin yang dihina dan dia tidak menolongnya sedangkan dia mampu untuk menolongnya, Allah akan menghinanya di hadapan semua makhluk pada hari kiamat nanti.Haram Berbohong Antara hak muslim ke atas saudaranya ialah berkata benar ketika berbicara dengannya dan membenarkannya apabila mendengar percakapannya.

Di antara perkara yang mencacatkan konsep amanah dalam Islam ialah dia memberitahu perkara yang bercanggah dengan realiti sebenar atau berbicara kepadanya dengan sesuatu yang bersalahan dengan kebenaran terutamanya apabila orang yang diberitahunya mempercayai cakapnya. Dalam Musnad Imam Ahmad daripada Nawwas bin Sam’an , daripada Rasulullah: Amat besarlah pengkhianatan apabila kamu berbicara dengan saudaramu, dia mempercayai kata-katamu tetapi kamu berbohong dengannya. Berbohong bukan tujuan menjinakkan hati dan menjaga harta atau jiwa adalah penipuan dan pengkhianatan. Diriwayatkan oleh Tirmizi daripada Rasulullah: Apabila seseorang hamba berdusta dengan satu pendustaan, maka malaikat akan melarikan diri daripadanya sejauh sebatu lantaran bau busuk pendustaannya itu.

Haram Menghinanya Haram bagi seseorang muslim memperkecilkan dan menghina saudaranya kerana ketika Allah menciptanya, Dia tidak menghinanya bahkan memuliakannya, mengangkat kedudukannya dan memberi tanggungjawab kepadanya. Oleh itu, menghinanya adalah suatu pelampauan kepada batas-batas rububiyah dan ini merupakan satu dosa yang besar. Rasulullah bersabda “Seseorang itu sudah dianggap melakukan kejahatan apabila dia menghina saudara seIslamnya.”

DALAM DIRI…Ada tanda-tanda kebesaran Allah

Bilangan 15 : 21 Muharram 1428H bersamaan 9 Februari 2007

DALAM DIRI…Ada tanda-tanda kebesaran Allah

Oleh :Nurhidayah Arshad, Tahun Dua, Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah


Tahukah anda garisan-garisan di telapak tangan kiri kita menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8? Jumlah kedua-duanya adalah; 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama-nama Allah. Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Diharap ianya akan memberi manfaat kepada anda sekalian. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, kemudian Rasullah s.a.w akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu menghisapnya. Selepas itu barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan tiga macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan langkah pertama dalam proses penghadaman. Mengapa baginda menghisap garam? Ini kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita. Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, contohnya, di hospital-hospital, langkah awal merawat keracunan adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.

2. Cara Rasulullah mengunyah. Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu karbon dioksida, yang apabila bercampur dgn air (H20), akan menjadi (H2CO3) atau asid bikarbonat, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibody yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Bagi lelaki yang belum berkahwin, dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari. Antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibodi yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit sel antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Selain itu, saya juga ingin berkongsi sedikit maklumat yang telah diberikan oleh guru saya, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di Makkah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi. Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendekiawan dari Pakistan dan Arab, mereka mendapati bahawa tempat terletaknya Ka'bah itu sekarang adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk piramid, di mana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada di atas setelah ia memijak-mijak yang lain. Wallahu a’lam.

Jugular Vein Dalam Al Quran

Bilangan 14 :14 Muharram 1428H bersamaan 2 Februari 2007

JUGULAR VEIN DALAM AL-QURAN

Oleh : Maisarah Kamaruzzaman,Tahun Dua,Kuliah Perubatan, Universiti Kaherah

“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, iaitu ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan terdapat malaikat pengawas yang selalu hadir dekatnya” (Qaaf:16-18)

Pada permulaan ayat, “sesungguhnya kami telah menciptakan manusia”,menunjukkan tuntutan yang tersirat dalam ungkapan. Seorang pereka tentu sangat mengetahui rahsia rekaan alat itu tetapi dia bukan penciptanya kerana dia bukan menciptakan bahan untuk alat itu. Dia hanya membentuk dan menyusunnya. Lalu, bagaimana dengan zat yang membuat, mengadakan dan yang menciptakan? Sesungguhnya manusia berada di tangan Allah. Maka hakikat, sifat dan kerahsiaannya sangat diketahui oleh Penciptanya Yang Maha Mengetahui dan diketahui pula sumber, asal, keadaan dan tempat kembalinya..“…Dan kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya..” Demikianlah, Dia menjumpai manusia dalam keadaan transparent, tiada suatu tirai pun yang menutupinya. Segala bisikan yang tersembunyi dan dirahsiakan diketahui oleh Allah. Inilah pendahuluan bagi hari perhitungan yang ditolak dan seringkali manusia mengingkarinya.“Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” (Qaaf :16)

Urat leher…. Di mana darahnya mengalir! Urat mengungkapkan dan menggambarkan genggaman penguasaan dan pengawasan oleh Allah. Tatkala manusia merenung hakikat ini, nescaya dirinya gementar dan diselubungi tanda tanya dan perhitungan. Jika makna ungkapan di atas berada di dalam jiwanya, nescaya dia takkan berani melontarkan sepatah kata yang tidak diredhaiNya. Bahkan dia tidak berani untuk menyimpannya dalam hatinya. Satu ungkapan itu sahaja sudah cukup bagi manusia untuk hidup dalam kewaspadaan yang berkesinambungan, kecemasan yang abadi dan sentiasa bermuhasabah. Namun,al-Quran tetap menegaskan adanya pengawasan. Maka tatkala manusia hidup, bergerak, tidur, makan, minum, bercakap-cakap, diam, dia sebenarnya berada di hadapan dua malaikat yang sentiasa mendampinginya di sebelah kanan dan sebelah kiri. Keduanya menerima setiap perkataaan dan perbuatan, lalu mencatatnya pada saat itu juga.“Iaitu ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan, yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diungkapkan melainkan ada dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf:17-18)

Maksud adanya pengawas, bukan adanya nama malaikat iaitu Raqib dan ‘Atid, sebagaimana yang segera difahami sesetengah masyarakat. Kami tidak perlu tahu bagaimana keduanya mencatat amal dan tidak perlu membayangkannya tanpa landasan. Dalam menghadapi masalah yang ghaib seperti ini, sikap kita ialah menerimanya sebagaimana adanya dan mempercayai maknanya, tanpa meneliti prosesnya kerana pengetahuan tentang proses itu tidak berguna sedikit pun bagi kita, apalagi jika proses itu berada di luar pengalaman dan jangkauan pengetahuan kita.

Kita mengetahui dalam batas pengetahuan kita sebagai manusia .Jadi tidak perlu bagi kita memikirkan sesuatu yang di luar jangkauan pemikiran kita. Cukuplah kita berada di bawah naungan hakikat yang diterangkan di atas. Cukup dengan kita mengetahui dan menyedari bahawa setiap perbuatan atau perkataan yang kita lakukan akan dicatat oleh malaikat untuk ditempatkan dalam lembaran perhitungan kita di hadapan Allah. Itulah suatu kebenaran, walaupun kita tidak mengetahui hakikatnya. Kebenaran itu tampil dalam aspek tertentu yang tidak dapat dielakkan. Hal ini diinformasikan Allah kepada kita agar kita menghitungnya, bukan supaya kita mengerahkan upaya secara sia-sia . Imam Ahmad mengatakan bahwa Abu Mu’awiyah menceritakan dari Muhammad bin Amr bin Alqamah al-Laitsi, dari ayahnya, dari kakaknya (‘Alqamah), dari Bilal ibnul Harits al-Muzani r.a bahawa Rasulullah bersabda,“Seseorang melontarkan perkataan yang diredhoi Allah. Dia tidak mengira sejauh mana dampaknya perkataan itu. Allah mencatat keredhoan baginya hingga hari kiamat lantaran perkataannya. Adapun yang lain melontarkan perkataan yang dimurkai Allah, sedang dia tidak mengira sejauh mana dampaknya. Maka Allah mencatat kemurkaan baginya lantaran perkataan itu hingga dia menemuiNya.”

‘Alqamah berkata “Betapa banyak perkataan yang kuhentikan lantaran hadis Bilal Ibnul-Harits tersebut”. Diriwayakan dari Imam Ahmad bahawa dia tengah menghadapi sakaratul maut dengan merintih. Dia mendengar bahawa rintihannya itu dicatat. Kerana itu diapun diam hingga ruhnya berpisah. Semoga Allah meredhoinya… Orang yang memanfaatkan Al-Quran, aneka pengarahan Rasulullah dan pelbagai hakikat Al-Quran, maka inilah sabil (jalan) mereka iaitu mengetahui dan merasai apa yang mereka ketahui

Dipetik dan diolah dari tafsir fi Zilalil Quran.