Bilangan 20 : 26 Safar 1428H bersamaan 16 Mac 2007
Lapangkan Hati, Ringankan Tangan
Oleh : Noorsamiah Mohd Salleh, Tahun Dua, Kuliyah Perubatan, Universiti Al-Azhar, Kaherah
Setujukah kalian andai dikatakan harga atau nilai bagi harta ditentukan oleh iman dan nafsu? Mari kita renungkan satu umpama untuk membawa kita mendekati maksud pertanyaan ini.Seorang kaya yang dermawan memandang hartanya tidak lebih melainkan satu nikmat yang patut disyukuri. Fikirannya akan tertumpu untuk membasahi tekak si miskin dan mengisi perut si fakir. Namun hal yang sebaliknya berlaku pada hartawan yang kedekut atau bakhil. Semakin banyak harta semakin besar keinginannya, semakin resah hatinya dan semakin kabur matanya menilai kedhaifan insan lain. Berbeza bukan dua golongan hartawan tadi?
Setujukah kalian andai dikatakan harga atau nilai bagi harta ditentukan oleh iman dan nafsu? Mari kita renungkan satu umpama untuk membawa kita mendekati maksud pertanyaan ini.Seorang kaya yang dermawan memandang hartanya tidak lebih melainkan satu nikmat yang patut disyukuri. Fikirannya akan tertumpu untuk membasahi tekak si miskin dan mengisi perut si fakir. Namun hal yang sebaliknya berlaku pada hartawan yang kedekut atau bakhil. Semakin banyak harta semakin besar keinginannya, semakin resah hatinya dan semakin kabur matanya menilai kedhaifan insan lain. Berbeza bukan dua golongan hartawan tadi?
Sedekah berasal daripada perkataan shadaqa yang bererti benar. Menurut pengertian istilah syariah, sedekah bererti segala pemberian amal derma di jalan Allah. Pengertian sedekah sama dengan perngertian infak,namun jika infak berkaitan dengan material, sedekah pula memiliki erti yang lebih luas,meliputi perkara material dan juga yang bukan material. Contohnya amal kebaikan yang dilakukan seorang muslim juga termasuk dalam sedekah.
Hadis dari Abu Musa R.A. bekata bahawa Nabi SAW bersabda:
“Setiap Muslim wajib bersedekah." Sahabat bertanya, "Jika tidak dapat?" Nabi menjawab, "Bekerjalah dengan tangannya yang berguna bagi dirinya dan ia dapat bersedekah." Sahabat bertanya lagi, "Jika tidak dapat," jawab Nabi, "Membantu orang yang sangat memerlukan." Sahabat bertanya lagi, "Jika tidak dapat?" Jawab Nabi, "Menganjurkan kebaikan." Sahabat bertanya lagi, "Jika tidak dapat?" Nabi menjawab, "Menahan diri dari kejahatan, maka itu sedekah untuk dirinya sendiri."
Sesungguhnya Islam ialah agama yang syumul; mengutamakan amal kebaikan,kemurahan hati dan saling membantu antara insan. Tidak dapat dinafikan bahawa di dunia ini sebahagian Muslim mendapat kelebihan rezeki pemberian Allah SWT melalui kerja kerasnya mahupun melalui sebab-sebab lain yang sah,sementara sebahagian saudara yang lain hidupnya cukup terbatas. Allah mengatur perbezaan tersebut beserta penyelesaiannya iaitu melalui suatu cara penyaluran harta di jalan Allah seperti zakat, infak, sedekah, dan juga dalam kehidupan sosial seperti tolong-menolong dan hibbah. Islam amat menggalakkan umatnya supaya bersedekah,seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Surah Al baqarah ayat 274)
Dalam sabda Rasulullah SAW pula: “Sesiapa mukmin yang memberi makanan kepada seorang mukmin yang lain kerana kelaparan, maka Allah akan memberi makanan kepadanya pada Hari Kiamat daripada buah-buah Syurga. Dan sesiapa mukmin yang memberi minuman kepada seorang mukmin yang lain kerana kehausan, maka Allah akan memberi minuman kepadanya pada Hari Kiamat daripada Kamar Syurga yang termetri bekasnya. Dan sesiapa mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana tidak berpakaian, maka Allah akan memberi pakaian kepadanya dari pakaian Syurga yang berwarna hijau.”
Semestinya dari detik ini kita melatih diri menjadi seorang pemberi sedekah yang tetap.Bagaimana caranya? Mari cuba satu permainan sorok-sorok. Satu hari, apabila memperoleh duit biasiswa atau gaji (setelah bekerja), sorokkan dari penglihatan kita sebahagian yang ingin disedekahkan. Setelah sebulan, keluarkan duit tadi dari tempat ‘persembunyiannya’ dan sedekahkan duit itu. Sebelum itu, tanya dahulu diri kita, benarkah duit tadi boleh dilupakan semata-mata untuk manfaat orang lain? Jika sepanjang sebulan duit itu disembunyikan kita masih dapat hidup dan tidak merasakan ketiadaannya, maka tidak mustahil duit itu dapat terus diberikan kepada insan lain pada setiap bulan. Mulakan dari jumlah yang sedikit dan tambah nilainya setiap bulan. Percayalah, setiap muslim yang berkemampuan wajar merencanakan satu aliran kewangan bulanan miliknya untuk kebajikan saudaranya.
Adakah harta syarat kebahagiaan?Menyingkap sejarah beberapa tokoh yang pernah membawa sinar kepada dunia, tidak semua daripada mereka orang kaya. Nabi kita Muhammad (saw) contohnya, lahir ke bumi dan hanya ditinggalkan selepas kematian ayahnya dengan 5 ekor unta. Abdul Rahman Dakhil yang mendirikan kerajaan Bani Umaiyah hanyalah seorang pelarian politik. Salehuddin alAyubi; pembela Palestin pula sekadar seorang anak soldadu. Imam Syafie hanya seorang anak yatim yang cekal hatinya menuntut ilmu.
Selepas panjang berbicara dapat disimpulkan bahawa iman dan kefahaman Islam yang menjadi skala ukuran pandangan seseorang terhadap harta. Jari– jari yang sepuluh pasti riang memegang duit, namun percayalah hati kecil si fakir tentu lebih berbunga apabila disedekahkan sesuatu. Ayuh, lapangkan hati, ringankan tangan.
Kelebihan Bersedekah
1.Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah dia mendengar Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) antara manusia di hari akhirat."
2.Hadith riwayat Tirmidzi dari Sa’ad bin Abi Waqqash bahawa Nabi SAW bersabda:“Sedekah dan shalat seseorang di tengah malam dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api”Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya’ (Surah Ali Imran ayat 92)
Disunting oleh: Biro Ekonomi PERUBATAN
No comments:
Post a Comment