EXAM....OOO...EXAM…
Oleh : Zawil Farhiha bt Razali, Tahun 4, Universiti Ain Shams
Timbalan Pengerusi II PERUBATAN
Musim sejuk kian menunjukkan belangnya. Angin yang panas telah pun berlalu. Semua manusia di bumi Mesir sibuk mengeluarkan ‘lihaf’ yg telah lama tersimpan dan baju-baju sejuk yang telah beberapa bulan menjadi khazanah. Tambahan pula elaun telah pun masuk, maka ada juga antara kita yang mengunjungi pusat membeli-belah untuk menambah koleksi musim sejuk. Baju baru , seluar baru, kasut baru dan sebagainya. Namun begitu, bahang peperiksaan kian terasa. Angin yang sejuk terasa panas. Ada yang berkata,"dari mana datangnya angin yg panas ini? Tak payah guna ‘lihaf’ pun tak mengapa." Ada pula yang berkata,"ermmm...sedapnya tidur time winter ni..aku nak beli ‘lihaf’ yang lagi tebal la..bukan senang nak tidur lena macam sekarang ni." Inilah senario yang berlaku di kalangan pelajar umumnya dan pelajar perubatan khususnya. Apabila kita sebut tentang exam maka 'kebanyakan' pelajar jadi tak senang duduk, ibarat cacing kepanasan. Pembaca sekalian, mengapa istilah kebayakan yang saya gunakan? Cuba anda fikir-fikirkan.seperti yang kita semua sedia maklum, semua pelajar yang ada dalam dunia ini akan terbahagi kepada beberapa golongan apabila musim exam menjelma. Ada yang sedar dan gigih berusaha sejak awal lagi, ada pula yang telah pun tersedar tetapi masih berlengah-lengah dan ada juga yang kurang sedar dan masih belum memulakan langkah. Di mana kedudukan kita kini. Timbang-timbangkanlah...
Kita sebagai pelajar perubatan, seharusnya sedar tentang waqi' imtihan binisbatuna ya'ni peperiksaan bagi pelajar perubatan. Seandainya kita masuk exam dengan hanya mengulangkaji sambil lewa. Maka result pun sambil lewa. Andai kita masuk exam dengan mengulangkaji sehari sebelumnya maka kita akan tergolong dalam golongan orang yang gila. Ingatlah. Perubatan bukanlah sastera. Bukannya semudah mencoret pengalaman dalam diari atau semudah mengarang kisah-kisah cinta. Perubatan memerlukan kesungguhan. Semuanya adalah fakta-fakta yang sabit. Jadi, ilmu ini memerlukan kefahaman yang jelas, konsentrasi yang tinggi, usaha yang gigih, dan ulangkaji yang mantap. Fuh…begitu banyak syarat yang perlu dipatuhi. Ianya nampak sukar pada zahir, tetapi tidaklah begitu susah sekiranya kita tahu senjata yg berkesan utk mengatasinya. Antara senjata yang berkualiti ialah MASA. Mengapa masa? Masa itu emas, masa itu ibarat pedang, masa, masa, masa. Tanpa masa kita tak boleh study, tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh main bola, tak boleh surf internet, tak boleh tengok tv, tak boleh sembang dan sebagainya. Betapa pentingnya masa, saya ingin petik kata-kata professor Muhayya ' manage yourself but not manage your time' ini kerana masa adalah tetap 24 jam sehari. Sama untuk semua manusia.tapi keberkesanan dan keberkatan masa itu bergantung pada individu. Kebijaksanaan seseorang mengatur masanya dengan baik akan menentukan kejayaannya di dunia dan akhirat.
Saya ingin menjelaskan di sini mengapa pentingnya masa bagi kita sebagai pelajar. Peperiksaan kian hampir. Bagi yang baru tersedar pasti akan terfikir,"Ish, ada masa lagi tak ni...byk lagi yg tak cover..nak stat yg mane satu dulu ni." Tahniah bagi sesiapa yang terfikir sebegini. Dan tahniah juga bagi sesiapa yang telah lama terfikir dan mengorak langkah. Ini bermakna kita ada kemahuan cuma kita tersesat sedikit sahaja. Usah serabutkan minda kita. Tarik nafas dan berfikir dengan tenang dan waras. Masa yang ada ini masih cukup. Ayuhlah kita bersama-sama menyusun diri untuk memanfaatkan masa yang masih ada.
Peperiksaan pertengahan semester ini adalah tapak permulaan dan menguji sejauh mana tahap kefahaman kita. Apa yang lebih utama ialah kita berusaha sedaya upaya untuk menguasai segalanya. Usaha! Usaha! Usaha! Selagi ada masa kita mesti berusaha! Kita perlu ada target untuk cemerlang namun tak perlu terlalu memikirkan natijah yang bakal keluar. Semuanya kita serahkan kepada Allah. Apa yang penting doa dan tawakkal. Saya ingin berkongsi kisah Saad ibn Muaz. Seorang sahabat yang agung. Beliau memeluk islam ketika berumur 30 tahun dan meninggal dunia ketika berumur 37 tahun. Ini bermakna beliau hanya hidup dalam islam untuk jangka masa tujuh tahun sahaja. Namun begitu, ketika kematiannya, ruhnya disambut oleh ahli sama'(langit) dengan sambutan yang cukup istimewa. Sebagaimana yang termaktub dalam hadith Rasulullah mafhumnya berbunyi,"Bergegar ‘arsy ar-rahman dengan kematian Saad ibn Muaz" dalam hadis yang lain, daripada Umar Radiallahu’anhu Rasulullah bersabda," bergegar arsy dengan kehadirannya(Saad) maka terbuka pintu langit untuknya, dan 70 ribu malaikat menjadi saksi." Cuba kita renungkan, apakah keistimewaan yang ada pada Saad selama tujuh tahun keislamannya sehingga dilayan sebegitu rupa. Ini adalah kerana, sepanjang hidupnya dia menggunakan masa yang ada untuk mentaati Allah dengan sebenar-benar ketaatan. Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini ialah, seandainya kita memanfaatkan masa yang Allah kurniakan kepada kita dengan sebaiknya, maka kebaikan jugalah yang dijanjikan untuk kita. Memandangkan kita adalah pelajar perubatan muslim, kita seharusnya sedar betapa pentingnya masa dalam hidup seorang muslim.
Saya ingin membawa pembaca sekalian renungkan kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup ini. Bermula dengan umur baligh, kita telah bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Maknanya sekiranya kita melakukan ibadah maka pahala yang tertulis di bahu kanan adalah aset kita manakala dosa yang tertulis di bahu kiri merupakan hutang yang akan dihisab oleh Allah. Cuba kita hitung selama ini berapa banyak amalan dan dosa yang telah kita lakukan. Timbang-timbang, tolak tambah, darab bahagi antara keduanya, apa yang masih berbaki? Sebanyak mana bekalan untuk menghadap Allah. Masih belum sedarkah kita? Mati datang tanpa dijangka. Apabila sebut tentang mati tersirap darah ketakutan, berfikir-fikir apa kesudahan hidup kita di akhirat kelak. Bukankah orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati dan orang yang bijak antara orang yang bijak itu adalah orang yang mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Wallahua'lam. Dalam kita terkejar-kejar dengan urusan dunia, jangan sesekali lupa akan akhirat. Andai kaya di dunia tapi papa kedana di akhirat tiada gunanya.
Senjata lain yang ingin saya perkenalkan dan jual bibalash (free) kepada sahabat semua adalah SABAR. Acapkali kita terdengar rungutan sebegini,"Aku tak tahan dah baca buku! Dah le banyak! Kat kuliah pun tak faham! Baca pun susah sangat nak masuk! Tidur lagi best." Maka tidurlah ia dengan lena. Ataupun,"Aku tengok buku saja mrngantuk, baru baca introduction dah rasa berpinar-pinar mata aku ni. Main game kejap lah." Maka duduklah ia di depan komputer main game. Tuptap tuptap, berjam-jam main tanpa sedar. Bukannya salah nak tidur dan main game untuk me'release'kan tension setelah study. Tapi kita perlu sedar batasannya. Ada kajian mengatakan, otak kita akan menyusun semua data yang kita baca ketika tidur. Maka semua maklumat akan disimpan dengan rapi. "Wah! Kalau macam tu bagusnya. Bolehlah tidur kejap lepas study." Sudah semestinya boleh andai ADA data yang perlu disusun. Jika banyak data yang masuk banyaklah yang disusun dan sebaliknya. Di sinilah perlunya sifat sabar dalam diri kita. Sabar dari segi bahasa bermaksud manaa'(menahan). Ini bermakna kita perlu menahan diri. “Rase fed up baca buku, ingatkan diri "sabaq... sabaq la sket..baca sket ja lagi..sat gi kita rehat la na..." Jika kita berjaya mengaplikasikan konsep sabar dalam diri kita, ini bermakna kita telah berjaya menguasai diri dan seterusnya mampu menggunakan masa dengan baik. Saya ada terbaca kata-kata seorang ulama' yang berbunyi,"Kesempurnaan dunia dan addin berkesinambungan dengan sabar". Untuk taat kepada Allah, perlu SABAR, untuk menjauhi larangan Allah, perlu SABAR, untuk berjaya dalam menuntut ilmu juga memerlukan SABAR. Kesemuanya adalah saing berkaitan. Setelah kita berusaha dan SABAR untuk mentaati Allah, akan mendorong kita menjauhi laranganNYA, seterusnya memudahkan kita menuntut ilmu.
Kesimpulannya, pilihan ada di depan mata, terpulang kepada kita untuk menilainya. Ingin berjaya? Atau terus berada di tampuk lama? Fikir-fikrkanlah. Bicara memang mudah, namun sejauh mana aplikasinya bergantung pada diri sendiri. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberikan kekuatan dan petunjuk untuk kita semua. Wallahua'lam. SELAMAT MAJU JAYA UNTUK SEMUA SAHABAT. ONE... TWO... GET SET.....GO!!!!!
No comments:
Post a Comment