Monday, February 26, 2007

Ukhuwwah! Sejauh Mana Anda Sekarang

Bilangan 4 : 3 Zulkaedah 1427H bersamaan 24 November 2006M

Ukhuwwah!! Sejauh Mana Anda Sekarang?

Oleh : Nur Fatin Hanira Binti Abdul Patar, Tahun 1, Kuliah Perubatan Universiti Kaherah.


Sejauh mana anda sekarang dalam mendefinisikan maksud di sebalik perkataan yang menghubungkan saudara sesama Islam global iaitu ukhuwwah..Pernah salah seorang daripada rakan ‘tibb’ yang mengatakan isu ini sudah lapuk. Hakikatnya, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pernah mengatakan ‘tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas’…"emm,apa la akak ni,asyik-asyik artikel pasal ni je yang dia sentuh, carilah tajuk yang lebih glamour dan famous sket"...saya hanya tersenyum apabila mendengar rintihan yang begitu mencuakkan jirim minda saya. Tapi tahukah wahai saudara seangkatan ‘tibbians’ sekalian, sesungguhnya semua mukmin itu bersaudara dan kitalah, sebagai seorang muslim yang mukmin perlu memikul amanah Allah ini.

Mengapa saya memilih tajuk ini sebagai kantung difusi anda semua? Kerana terdapat di kalangan ‘tibbians’’ sendiri yang tidak pernah berusaha untuk mengeratkan ikatan ukhuwwah di antara ‘tibbians’ seolah-olah tidak pernah wujud sebuah organisasi. Apabila situasi ini timbul, maka terdengarlah umpatan kosong antara sesama ‘tibbians’ dan mulalah jari-jemari runcing mereka menari-nari mencari sasaran untuk ditunjuk dan seratus peratus menyalahkan persatuan PERUBATAN. Di mana peranan PERUBATAN? Apakah motif utama PERUBATAN ditubuhkan? Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang begitu sukar sekali untuk dirungkaikan. Pening kepala pengerusi PERUBATAN dibuatnya. Buang masa sahaja kalau nak bertikam lidah. Akhirnya, masing-masing diam dan buat hal masing-masing..tiba-tiba meletup isu ukhuwwah pula. Apa yang nak dihairankan. Kenapa PERUBATAN dipersalahkan? Salahkan diri sendiri dulu. Bak kata Aziz Desa, bekas pengacara TV3 yang disukai ramai dulu, cermin-cermin diri anda. Kita adalah insan biasa yang sering membuat kesilapan, tidak ada yang bersifat maksum melainkan Rasulullah s.a.w. jadi sentiasalah bermuhasabah diri, jangan cepat salahkan orang lain dan menuduh tak tentu pasal dan yang penting sekali, jangan berasa riak dan takabbur dengan apa yang kita dapat sebagai pelajar tibb. Allah berfirman:

”ابى واستكبر“

Cuba pandang depan anda, kiri dan kanan anda, adakah anda kenal semua orang di sekeliling anda? Kalau ya, alhamdulillah, anda sebenarnya begitu mementingkan persaudaraan. Firman Allah, "berkenal-kenallah antara kamu.." Tidak rugi sebenarnya apabila anda berada dalam persatuan dan bekerja secara berkumpulan. Ini boleh mengeratkan ukhuwwah antara ahli dan sekaligus mencapai ‘target’ ukhuwwah islamiah yang kita kehendaki.

Di sini, saya ingin membawa saudara seangkatan ‘tibbians’ kita kepada pentingnya ukhuwwah dalam kehidupan kita. Saya begitu sedih dengan segelintir rakan-rakan ‘tibbians’ yang begitu memikirkan soal ‘title’. Tak sampai sebulan jadi student ‘medic’, dah berlagak. Patutlah, di sini, semua ‘student medic’ dipanggil doktor. Mana tak 'eksyennya'? Apa yang sedih,mereka seolah-olah hanya menjalinkan hubungan ukhuwwah dengan saudara tibb sahaja dan meminggirkan rakan-rakan di kuliyyah dirasat Islamiyyah(agama) yang dipanggil golongan azhari dan azhariah. Mereka hanya memandang dengan sebelah mata sahaja. Alahai, mengapa ini berlaku? Cuba kita semak kembali, apakah tujuan atau niat asal kita datang ke perlembahan Nil ini? Sabda Nabi s.a.w.: "Sesunggunya setiap amalan itu bergantung kepada niat”. Oleh itu, cubalah koreksi diri anda wahai saudara ‘tibbiyans’ sekalian. Cuba buat senarai dan semak betul-betul ke mana arah tuju kita masing-masing.

Sesungguhnya kita tidak tahu berapa lama lagi kita akan hidup di dunia ini. Hidup ini adalah percaturan dari Allah. Saya begitu sedih memikirkan generasi ‘tibbiyans’ pada hari ini. ‘Cerebrum’ saya masih tertanya-tanya mengapa saudara tibb sekalian memilih untuk menuntut ilmu warisan yang dipelopori Ibnu Sina, Ar-Razi, Az-Zahrawi di Mesir? Sekadar nak glamour atau... Kalaulah koloni ‘tibbiyans’ kita berfikiran begini, bilakah akan muncul Ibnu Sina moden? Ar-Razi millennium dan sebagainya. Pendek kata, di mana PROTAZ yang kita cari selama ini. Sedarlah saudara tibb sekalian, bahawa anda sebenarnya insan bertuah(yang amat sangat) kerana telah berjaya menempatkan diri anda semua di kalangan ‘tibbians’ di Mesir. Alhamdulillah. Cuba-cubalah bertaaruf dengan rakan-rakan azhari yang lain. Beramah mesra dengan mereka dan kutiplah seberapa banyak mutiara ilmu daripada mereka. Sesunnguhnya tidak rugi bagi kita untuk menuntut banyak ilmu malah sangat-sangat digalakkan dalam Islam. Sabda Nabi, ‘Tuntutlah ilmu walau ke liang lahad’. Sesungguhnya betapa Islam mengagungkan ilmu di mana, saat seseorang menghampiri kematian, ucapan ‘la ilahaillallah’ merupakan ilmu terakhir yang terbit di tinta mulut seorang manusia sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Oleh itu, bangkitlah wahai ‘tibbians’ sekalian, ayuh mara menuju langkah gemilang di persada dunia. Bangkitkan semula era Ibnu Sina, era Az-Zahrawi. Mulai saat ini, cuba-cubalah beramah mesra dan bertegur sapa dengan orang di sekeliling anda baik di kalangan ‘tibbians’ sendiri mahupun azhari. Ingat, sebatang lidi senang dipatahkan tetapi seberkas lidi amat susah untuk dipatahkan. Begitu juga dengan ukhuwwah. Ukhuwwah ibarat air sungai yang mengalir, ia tidak akan putus untuk selama-lamanya. Peliharalah ukhuwwah yang terbina. Akhir sekali, jadilah doktor dan ‘doktorah’ yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.

…………….

No comments: